Foto: cazalis.org |
Adakah anda tahu bahawa geografi sesebuah negara yang muncul di peta dunia sebenarnya tidak lengkap? Menurut pemahaman saintifik, sebenarnya ada banyak lagi tempat yang masih belum diterokai pengembara. Rata-rata, kita hanya ingin mengunjungi kota-kota yang terkenal dan sering didengar.
Pada hakikatnya, negara maju juga ada satu-satu tempat yang masih mundur yang wujud dalam realiti, tetapi telah dipadamkan dari peta dunia kerana dianggap terlalu 'hodoh' untuk diperkenalkan kepada umum, sehingga banyak orang tidak mengetahui adanya bandar tersebut.
Sebut saja Jepun, kita pasti tahu ia merupakan sebuah negara maju yang tidak asing lagi bagi kita dari segi teknologi dan sainsnya. Malah Jepun adalah antara kuasa ekonomi terbesar di dunia. Namun tahukah kamu bahawa ada satu bandar di Jepun tiada dalam peta dunia.
Foto: tokyotimes.org |
Disebabkan kemiskinan melampau, bandar Kamagasaki di Osaka, Jepun tidak disenaraikan dalam peta. Portal Kompas melaporkan tindakan itu dilakukan kerana pemimpin Osaka dipercayai enggan dunia tahu mengenai kewujudan bandar berkenaan.
Difahamkan, terdapat kemudahan pengangkutan awam seperti kereta api disediakan untuk ke Kamagasaki dalam masa yang singkat. Namun, penduduk di bandar itu masih sukar menjana pendapatan sekalipun banyak peluang pekerjaan di Jepun.
Malah, mereka juga tidak tahu bagaimana nasib setiap hari sama ada boleh mendapatkan wang untuk kelangsungan hidup atau terpaksa beratur untuk mengambil makanan di dapur umum. Keadaan bandar begitu daif sehingga banyak orang di kawasan itu kehilangan tempat tinggal dan bermalam di jalanan secara berkumpulan.
Selain itu, ada juga gambar yang menunjukkan nilai persahabatan dan bagaimana penduduk bersama-sama melalui kehidupan yang getir. Beberapa gambar suasana di Kamagasaki menunjukkan gelandangan tidur dan mabuk di kaki lima. Bekas gelandangan, Masharu Takezawa berkata, tiada wanita dan kanak-kanak dapat dilihat di Kamagasaki.
"Ini dunia lelaki," kata Takezawa, seorang yang berjaya di Kamagasaki.
Foto: Ten Thousand Things |
Foto: technicallyjuris |
EmoticonEmoticon