Serpihan bangkai pesawat terhempas lebih 70 tahun dilaporkan telah ditemui di sebuah gunung oleh dua orang pendaki wanita yang bersiar-siar di situ. Pamela Aitken dan Kathryn Gaffney mengatakan bahawa mereka sedang berjalan berhampiran Largs, Ayrshire, Scotland, dan tiba-tiba tersadung pada satu serpihan.
Tidak lama kemudian, mereka mendapati bahawa mereka sebenarnya menemui bangkai kapal terbang. Menurut laporan akhbar Daily Mail, pesawat yang membawa 20 penumpang itu terhempas pada tahun 1948.
Pamela Aitken, 39, dan rakannya, Kathryn Gaffney, 53, menemui pesawat tersebut dan merakam suasana di lokasi penemuan itu pada Ahad lalu.
"Saya dan rakan menemui sebuah lagi bangkai pesawat di kawasan pergunungan tempatan," katanya dalam rakaman berkenaan yang dimuat naik di laman Facebook.
Bagaimanapun, Aitken dan Gaffney bukanlah individu pertama menemuinya kerana terdapat nama 'Ray Purchase' ditulis pada salah satu kepingan logam bangkai pesawat berkenaan.
Pesawat ditemui dua sahabat itu dipercayai milik syarikat Penerbangan British European bagi Penerbangan S200P yang terhempas di kawasan tersebut pada 21 April 1948, demikian menurut laporan akhbar The Daily Record.
Seramai 20 penumpang dilaporkan menaiki penerbangan tersebut dari Lapangan Terbang London-Northolt menuju Lapangan Terbang Glasgow-Renfrew .
Siasatan terhadap insiden yang menyebabkan 13 penumpang cedera itu mendapati ia berpunca daripada kesilapan juruterbang. Dalam pada itu, seorang pengguna Facebook yang turut mengomen video yang dikongsi dua wanita tersebut.
"secara jujurnya, saya tidak tahu bangkai pesawat ada di kawasan pergunungan Scotland. Pada fikiran saya jurutera-jurutera akan mengalihkan bangkainya bagi menyiasat punca nahas,” katanya.
Aitken (kiri) dan Gaffney bergambar dengan bangkai pesawat ditemui mereka di kawasan pergunungan di Ayrshire Utara, Scotland baru-baru ini.
EmoticonEmoticon