Gambar Hiasan. |
Persoalan mengenai asteroid menarik perhatian masyarakat dunia terutama kepada ahli astronomi yang sentiasa memantau galaksi agar pergerakannya dapat dikenal pasti kedudukannya.
Jika kedudukan asteroid tidak dipantau dan membabitkan pelanggaran dengan bumi, bumi bakal menjadi 'padang jarak padang tekukur', tandus dan lapang. Batuan kecil daripada ketulan itu pernah menghentam bumi, namun kebanyakannya gugur ke laut.
Malah, teori kepupusan dinosaur mungkin disebabkan asteroid yang pernah menghentam bumi kira-kira 607 juta dulu. Hentaman asteroid mempunyai kekuatan kira-kira seribu kali ganda berbanding bom atom yang digugurkan di Hiroshima, Jepun. Maka, kita pasti mampu membayangkan malapetaka yang menimpa bumi jika keadaan itu berlaku.
Gambar ilustrasi jika asteroid besar menghentam bumi, malapetaka dahsyat. |
Asteroid berpotensi berbahaya tidak hentam bumi
Menurut Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA), Asteroid terbesar dijangka menghampiri bumi sekitar dua juta kilometer pada 21 Mac 2021 ini. Menurut agensi angkasa AS, keadaan itu akan membolehkan ahli astronomi melihat lebih dekat objek itu.
Asteroid, 2001 FO32, dianggarkan mempunyai diameter kira-kira 3,000 kaki (914 meter) dan ditemui 20 tahun yang lalu, menurut NASA.
"Kami mengetahui laluan orbit 2001 FO32 sekitar matahari dengan sangat tepat. Tidak mungkin asteroid mendekati bumi lebih daripada 1.25 juta batu (lebih dua juta kilometer)," kata Pengarah Center for Near Earth Object Studies, Paul Chodas, semalam.
Menurut NASA, 2001 FO32 akan bergerak sekitar 77,000 batu sejam (123,919 km sejam) lebih cepat daripada kebanyakan asteroid. Jarak itu adalah 5.25 kali jarak bumi dari bulan tetapi masih cukup dekat untuk 2001 FO32 diklasifikasikan sebagai "asteroid yang berpotensi berbahaya".
"Pada masa ini, hanya sedikit yang diketahui mengenai objek ini, jadi dengan jarak yang sangat dekat memberikan peluang yang luar biasa untuk mempelajari banyak perkara mengenainya," kata saintis utama di Jet Propulsion Laboratory NASA, Lance Benner.
Menurutnya, ahli astronomi berharap dapat memperoleh pemahaman yang lebih baik mengenai ukuran asteroid dan komposisinya dengan mengkaji cahaya yang memantulkan permukaannya. Ketika sinar matahari menyentuh permukaan asteroid, mineral di batu menyerap sambil memantulkan yang lain.
"Dengan mengkaji spektrum cahaya yang memantulkan permukaan, astronomi dapat mengukur 'cap jari' mineral di permukaan asteroid. Ahli astronomi amatur di beberapa negara seharusnya dapat melakukan pemerhatian mereka sendiri," kata NASA.
Asteroid, 2001 FO32, yang dianggarkan mempunyai diameter 3,000 kaki atau 914 meter. - Foto NASA |
EmoticonEmoticon