Sekiranya sudah terbiasa memandu dan mematuhi undang-undang jalan raya, korang akan juga berdepan beberapa situasi di mana hak keutamaan jalan raya tidak dipatuhi oleh sesetengah pihak. Ia sering kali diabaikan oleh mereka mungkin kerana dorongan perasaan ingin cepat sampai ke destinasi.
Namun, ada juga pemandu yang mempunyai perasaan ingin menunjukkan kehebatan kepada orang lain, sehingga terjadi atau hampir terlibat kemalangan yang tidak dingini.
Begitu juga yang terjadi semalam, tular di laman sosial sebuah video ‘dash cam’ daripada seorang pemandu memaparkan seorang wanita membuat pusingan-U di kawasan tidak sepatutnya.
Video yang dimuat naik melalui akaun Fadzmin dengan kapsyen bertulis "macam ini ke sahsiah seorang doktor? Lokasi di hospital Serdang. Cara dia uturn membahayakan orang lain dan melakukan provokasi yang melampau."
Tulisnya juga "wajar ke seorang doktor doakan orang kena Covid-19". Difahamkan, pemandu wanita itu melakukan pusingan-U berhadapan simpang lampu trafik di Hospital Serdang, Selangor dan hampir bertembung dengan sebuah kenderaan lain.
Menerusi video tersebut, wanita itu turut memarahi pemandu yang merakam video tersebut dan mengeluarkan kata-kata kurang sopan. Perkara berkenaan telah menarik perhatian banyak pihak termasuklah pihak Universiti Putra Malaysia.
Dalam satu kenyataan, UPM memandang serius berkenaan staf yang didakwa bertengkar kerana kesalahan lalu lintas itu dan mengatakan ia adalah reaksi spontan peribadi beliau.
"Tatakelakuan beliau sama sekali tidak mencerminkan sahsiah serta etika yang sepatutnya diterapka oleh warga UPM. Perkara ini sedang dalam siasatan pihak UPM untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Sehubungan itu, wanita berkenaan tampil memohon maaf daripada orang ramai melalui Instagramnya, bahariahkhalid hari ni. "Jika saya salah, saya mintak maaf. Jika saya betul, saya maafkan semua," tulisnya. Di Instagram beliau turut memaparkan Dr Bahariah (Prof Madya) sebagai Pensyarah Perubatan di universiti tersebut.
EmoticonEmoticon