Jumaat, 26 Februari 2021

Dilarikan penjenayah bersenjata, Lady Gaga tawar RM2 juta untuk pulangkan anjingnya


Lady Gaga dilapor menawarkan ganjaran kira-kira RM2 juta (AS$500,000) kepada individu yang memulangkan dua ekor anjing baka French Bulldog yang dipercayai dilarikan suspek dalam kejadian tembak dan rompak di Los Angeles, Rabu lalu.


Anjing jenis French Bulldog yang dinamakan Koji dan Gustav itu hilang akibat dilarikan penjenayah dalam rompakan bersenjata. CNN melaporkan, penjaga dua ekor anjing kesayangan penyanyi lagu 'Shallow' itu ditembak kira-kira 10 malam. 


Pekerja Gaga yang membawa anjingnya bersiar-siar cedera ditembak menggunakan pistol semi automatik oleh dua lelaki yang kemudian bertindak melarikan haiwan itu dengan menaiki sebuah kereta berwarna putih.


Menurut Jabatan Polis Los Angeles, pekerja Gaga yang cedera sudah dihantar ke hospital untuk rawatan dan keadaannya stabil.


Menurut sumber, penyanyi itu menawarkan ganjaran besar kepada sesiapa yang menemui dan memulangkan semula anjing itu dan tidak akan disoal siasat.


"Sesiapa yang memulangkan anjing-anjing ini boleh menebus wang tunai ditawarkan dengan berurusan melalui emel KojiandGustav@gmail.com," katanya.


Bapa Gaga, Joe Germanotta merayu agar anjing-anjing itu dipulangkan kembali kepada anaknya. Katanya, insiden berkenaan amat menjejaskan keluarganya.


Sementara itu, seekor lagi anjing peliharaan Gaga yang bernama Asia berjaya diselamatkan kerana sempat diambil salah seorang pekerjanya.


EmoticonEmoticon