Jumaat, 15 Januari 2021

Korea Utara pamer peluru berpandu kapal selam dikatakan senjata paling kuat di dunia

Seoul: Negara senjata nuklear, Korea Utara, mempamerkan peluru berpandu balistik kapal selam pada perarakan ketenteraan di Pyongyang, lapor media tempatan, hari ini. Korea Utara mempamerkan aset kekuatannya itu beberapa hari sebelum pelantikan Joe Biden sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS).

Perarakan itu adalah sambutan kongres parti pemerintah setiap lima tahun sekali, di mana pemimpin Kim Jong Un mengisytiharkan AS sebagai 'musuh utama Korea Utara'.

Menurut Agensi Berita Pusat Korea Utara (KCNA), peluru berpandu balistik kapal selam iaitu senjata paling kuat di dunia menyertai perarakan bagi menggambarkan kekuatan revolusi angkatan bersenjata.

"Pertunjukan membabitkan roket dengan kemampuan serangan kuat bagi memusnahkan musuh secara berhati-hati di luar kawasan wilayah," katanya.

Penganalisis menyatakan Korea Utara menggunakan kongres untuk menghantar mesej kukuh kepada pentadbiran baharu Washington. Jong Un dan Donald Trump dilaporkan mempunyai hubungan bergolak, di mana kedua-duanya saling melakukan ancaman perang sebelum pendekatan diplomatik luar biasa diambil Presiden AS yang bakal mengakhiri pentadbirannya itu.

Bagaimanapun, hanya sedikit kemajuan dicapai dengan prosesnya menemui jalan buntu selepas pertemuan mereka di Hanoi pada Februari 2019 gagal, kerana pelepasan sekatan dan apa yang akan diserah Pyongyang sebagai balasannya.

Perubahan kepemimpinan AS dilihat memberi cabaran kepada Korea Utara di mana Biden sering dikaitkan dengan pendekatan 'kesabaran strategik', malah pernah menggambarkan Jong Un sebagai 'samseng' ketika debat presiden.

Menteri Pertahanan Korea Utara, Kim Jong Gwan dalam ucapannya pada perarakan itu yang dilaporkan KCNA berkata, unit elit agung dan kapal tempur kebal di republik itu yang bangganya melepasi Dataran Kim Il Sung, melambangkan kuasa mutlak negara itu. 

Gambar ini diambil pada 14 Januari 2021 dan dikeluarkan dari Badan Pusat Berita Korea rasmi Korea Utara (KCNA) pada 15 Januari menunjukkan perbarisan tentera yang meraikan Kongres Parti Pekerja Korea (WPK) ke-8 di Pyongyang.

EmoticonEmoticon