Surabaya: Seorang mahasiswa mahu mencari wang mudah dengan menjual surat perakuan palsu ujian saringan Covid-19. Lelaki berusia 24 tahun itu dikesan mempromosikan perkhidmatan berkenaan menerusi laman Facebook (FB).
Malah, siasatan mendapati suspek turut menjual surat palsu itu kepada 24 petugas pusat pengundian ketika pilihan raya daerah, pada Disember lalu.
Pengarah Penyiasatan Jenayah Khas Polis Daerah Jawa Timur, Farman berkata, suspek menjual surat berkenaan dengan harga 50,000 rupiah (kira-kira RM14) kepada sesiapa yang mahukannya.
Katanya, pada 25 Disember lalu, suspek memuat naik tawaran surat itu dan mengatakan individu tidak perlu menjalani proses pemeriksaan di klinik dengan kos yang mahal.
"Siasatan lanjut mendapati 24 petugas pusat pengundian itu diterima bertugas dengan mengemukakan surat palsu berkenaan.
"Mereka membeli surat itu selepas membaca tawaran diiklankan suspek menerusi Facebooknya pada 25 Disember lalu," katanya seperti dilaporkan portal Kompas.com
Menurutnya, suspek memaklumkan individu yang mahu mendapatkan surat pengesahan itu tidak perlu menjalani ujian klinikal yang mahal.
Bagaimanapun, suspek dilaporkan berjaya diberkas oleh pihak polis di rumahnya pada 9 Januari yang lalu beserta beberapa bukti termasuklah komputer, surat perakaun palsu yang dibuatnya.
EmoticonEmoticon