Serdang: Dua lelaki bertengkar di hadapan sebuah rumah di Puchong, di sini, dipercayai berkait langsung dengan helikopter yang diparkir di rumah berkenaan.
Rakaman video berdurasi 38 saat itu tular di media sosial hari ini. Dalam rakaman itu turut memaparkan sebuah helikopter diparkir di perkarangan rumah berkenaan.
Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Razali Abu Samah ketika dihubungi, mengesahkan berlakunya pertengkaran itu. Bagaimanapun, beliau berkata, tiada laporan polis diterima pihaknya setakat ini.
"Mereka berdua adalah kawan dan apa yang berlaku hanya perselisihan pendapat. Mereka juga sudah berdamai dan kita tidak terima apa-apa laporan," katanya.
Video berdurasi 38 saat itu mula tular apabila dikongsi seorang penguna laman sosial Facebook iaitu Win Ow, dan mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai.
"Dato vs Dato Sri sekali lagi buat hal!" katanya dalam tajuk video tersebut.
Katanya, pergaduhan berlaku akibat dengki, iri hati dan tak puas hati satu sama lain.
"Cerita ini macam ini, seorang Dato Sri, disebabkan PKP 2.0 Helicopter dia terpaksa parking depan rumah dia sebab tak dapat nak fly. Setelah PKP 2.0, dia tak tau nak buat apa kat rumah, so dia mulalah hari2 polish dia punya helicopter tu.
"Sebelah Jiran dia juga adalah seorang Dato, sebab PKP 2.0, dia tak balik kilang dia, terpaksa duduk rumah diam-diam pandang hari-hari Dato Sri asyik-asyik polish dia punya Helicopter," katanya.
Menurutnya, pertengkaran itu mungkin juga disebabkan Dato tersebut mabuk dan tidak dapat kawal perasaan dengki dan busuk hati terus berdebat depan rumah.
EmoticonEmoticon