Persoalan ini sudah lama menjadi perdebatan sama ada manusia bersendirian di alam semesta ini, ia menyentuh fikiran kita sedalam-dalamnya hingga tumbul macam-macam andaian. Bahkan, pelbagai usaha diambil untuk mencari tanda-tanda kehidupan lain di luar Bumi.
Nampaknya misteri ini perlahan-lahan mulai dirungkai, kumpulan penyelidik dari Universiti Nottingham mendakwa kemungkinan terdapat lebih daripada 30 tamadun pintar di seluruh galaksi Bima Sakti. Makhluk tersebut pandai seperti manusia dan mampu berkomunikasi dari jarak jauh.
Malah ahli astrofizik mendakwa berjaya mengesan berjuta-juta isyarat daripada tamadun pintar yang dipanggil technosignatures, dalam usaha mencari kehidupan lain di angkasa (SETI).
Kenapa para ahli fizik astronomi berpendapat sedemikian? Berdasarkan jurnal astrofizik yang diterbitkan Jun lalu, ia mengambil idea evolusi, tetapi pada skala kosmik di mana tempoh lima bilion tahun dapat membentuk mahkluk yang cerdas, seperti yang berlaku di Bumi.
Jumlah tamadun wujud dianggarkan dengan menggunakan kiraan dalam astrofizik yang dipanggil Astrobiological Copernican limits.
Kehidupan di bumi bermula 4.54 bilion tahun yang lalu dan para pengkaji membuat andaian berdasarkan kiraan yang kita tak akan faham, di mana kehidupan boleh wujud pada sebuah planet dalam tempoh kurang daripada lima bilion tahun. Itu kriteria yang pertama, kajian itu kata ada dua kriteria.
Kriteria kedua adalah membuat andaian planet yang menempatkan kehidupan lain itu turut mengelilingi bintang, sama seperti Bumi mengelilingi Matahari. Menggunakan kriteria tersebut, pengkaji membuat kiraan dan mendapati terdapat sebanyak 36 tamadun aktif di dalam Bima sakti.
Bagaimanapun, jarak makhluk asing tersebut dengan Bumi adalah sekitar 17,000 tahun cahaya, dan teknologi yang sedia ada tidak berupaya untuk berhubung dengan tamadun itu.
Pendapatan tersebut hanya sekadar andaian, dan kemungkinan wujudnya mahkluk asing masih tidak jelas, walaupun ada ahli astronomi yang yakin kita tidak bersendirian dalam galaksi Bima Sakti.
Namun, jika tidak ada tamadun moden yang aktif di Bima sakti hari ini, ia bukan pertanda baik bagi kita. Menurut Conselice, andaian itu boleh dijadikan petunjuk bahawa peluang bertahan hidup untuk peradaban seperti kita cukup kecil dan tidak akan bertahan lama.
Kata Conselice, hasil penyelidikan terbaru itu menunjukkan bahawa pencarian peradaban luar angkasa yang cergas tidak hanya mengungkapkan keberadaan bagaimana kehidupan, tetapi juga memberi kita petunjuk tentang berapa lama peradaban kita akan bertahan. - Sumber Sciencealert.com.
EmoticonEmoticon