Petaling Jaya: Sebelum ini, seorang ejen insurans ditahan polis Sentul yang terbabit dalam tiga kejadian berasingan membakar lapan kereta yang diletakkan berhampiran sebuah kondominium di Jalan Putramas, di sini.
Kali ini, orang yang sama turut ditahan oleh polis Petaling Jaya selepas didapati terbabit dalam beberapa kes kenderaan terbakar di Jalan PJU 1A/1 Ara Damansara 16 November lalu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, suspek berusia 35 tahun ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul jam 2.50 petang semalam bagi membantu siasatan.
Menurutnya, seorang saksi iaitu lelaki berusia 54 tahun menyedari kejadian beberapa kereta terbakar di tempat itu pada 12.05 tengah malam.
"Siasatan awal mendapati suspek bertindak demikian kerana tidak berpuas hati dengan tindakan syarikat insurans untuk membuat urusan tuntutan insuran miliknya.
"Suspek direman tiga hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sebelum ini media tempatan melaporkan, polis menahan seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam tiga kejadian berasingan membakar lapan kereta yang diletakkan berhampiran sebuah kondominium di Jalan Putramas, di sini.
Suspek berusia 35 tahun yang bekerja sebagai ejen insurans itu ditahan di sebuah hotel di sebuah pusat peranginan. Antara kenderaan yang dibakar adalah Mercedes Benz, Bentley, Toyota, Perodua dan Nissan.
Baca: Dapatkan komisen, Ejen insurans pakat pemilik bakar kereta
EmoticonEmoticon