Khamis, 12 November 2020

Warga Myanmar di tahan bunuh rakan senegara


Seremban: Polis menahan seorang lelaki warga Myanmar disyaki membunuh rakan senegaranya. Ketika tangkapan suspek berada di tepi jalan berhampiran sebuah bangunan kosong di Bahau, Jempol.


Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim, berkata berdasarkan maklumat dan hasil risikan, suspek berusia 24 tahun itu berjaya ditahan pada jam 1.35 tengah hari tadi (11/11/2020).


"Polis membuat tangkapan ke atas suspek bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Kes dianggap selesai kerana suspek utama ditahan," katanya dalam kenyataan, malam ini.


Sebelum ini, media tempatan ada melaporkan seorang lelaki warga Myanmar ditemukan mati dengan kesan kelar di bahagian leher di sebuah premis membaiki alat elektronik di Jalan Seng Meng Lee, di sini, awal pagi semalam.


Mangsa berumur 23 tahun ditemukan dalam premis berkenaan oleh majikannya yang hendak memulakan perniagaan pada kira-kira jam 10.30 pagi.


EmoticonEmoticon