Singapura: Seorang bekas ejen hartanah dijatuhi hukuman mati pada khamis lalu (12 Nov) selepas didapati bersalah membunuh isterinya yang hamil, dan anak sebelum tidur bersama mereka selama seminggu di rumah mereka di Woodlands, tiga tahun lalu, 2017.
Mahkamah Singapura menjatuhkan hukuman itu ke atas Teo Ghim Heng, 45. Teo didakwa mencekik Choong Pei Shan, 39, yang mengandung enam bulan dengan tuala selepas mereka bergaduh mengenai masalah kewangan.
Ketika kejadian, anak perempuan mereka sedang bermain dan menonton televisyen di dalam bilik. Setelah membunuh isterinya, Teo memutuskan untuk membunuh anak perempuan, Zi Ning, 4, dan dirinya sendiri supaya "keluarganya dapat bersatu kembali" dalam kematian.
Teo didakwa meletakkan isteri dan anaknya di atas katil serta tidur bersama mereka selama tujuh hari, malah lelaki itu beberapa kali cuba membunuh diri, tetapi gagal kerana takut.
Mayat dua beranak itu ditemui selepas adik ipar Teo datang ke rumah mereka pada hari pertama Tahun Baru Cina dan terhidu bau busuk.
Dia ke sana selepas kakaknya tidak menjawab panggilan telefon mahupun mesej serta tidak berkunjung ke rumah keluarga pada malam perayaan.
Teo berhadapan masalah kewangan selepas kehilangan kerja sebagai ejen hartanah yang sebelum itu memperoleh $20,000 (RM61,159.42) sebulan, selain bergelut dengan hutang kad kredit, hutang judi dan gagal membayar yuran sekolah anak.
EmoticonEmoticon