Sabtu, 29 Jun 2019

5 Penjara Paling Ketat Di Dunia


Penjara sememangnya dibina untuk menempatkan penjenayah agar mereka tidak dapat melarikan diri, namun masih lagi berlaku insiden di mana banduan-banduan berjaya meloloskan diri sekaligus mendatangkan risiko kepada penduduk awam.

Disebabkan hal ini, penjara yang dilengkapi dengan teknologi tinggi dan kawalan tersangat ketat telah dibina khas untuk penjenayah yang sangat berbahaya. Ini adalah 5 penjara paling ketat di dunia yang mana agak mustahil untuk banduan meloloskan diri.

1) Penjara La Santé, Perancis


Penjara yang dibina pada tahun 1867 ini merupakan salah satu penjara yang paling terkenal dan terketat di dunia. Ia terkenal sebagai penjara yang mana jika anda masuk, anda hanya akan dapat keluar apabila tiba masanya untuk anda keluar. Ini bermakna tiada siapa yang akan dapat melarikan diri.

Beberapa tahun yang lalu, beberapa ratus orang banduan cuba untuk merancang keluar dari penjara ini menggunakan jalan yang sukar iaitu melalui paip kumbahan. Rancangan tersebut gagal kerana sistem paip kumbahan juga terkunci. Ini menyebabkan ramai daripada mereka mati lemas.

2) Kem Delta - Cuba


Walaupun Penjara Kem Delta terletak di Guantanamo Bay, Cuba, namun ia adalah miliki kerajaan Amerika Syarikat yang tak perlu diperkenalkan lagi. Sebahagian daripada pangkalan ini beroperasi di bawah jagaan tentera bersenjata Amerika Syarikat yang pada asalnya menjadi "rumah" kepada penjenayah perang terutamanya pengganas ketika menentang Al-Qaeda.

Dikendalikan oleh angkatan bersenjata Amerika, ia adalah satu kemudahan penahanan yang menempatkan penjenayah yang dianggap sebagai keutamaan tertinggi oleh AS. Ia dibahagikan kepada beberapa kem yang mana digunakan untuk beberapa sebab.

Setiap kem berlainan serta mempunyai tahap keselamatan dan sekuriti yang tersendiri, yang mana Kem 3 berada di bawah sekuriti maksimum. Kem 7 baru-baru ini menjadi sebahagian daripada rahsia penjara, di mana hanya penjenayah yang dahsyat dikurung. Tiada siapa dibenarkan untuk tahu di mana mereka berada, termasuklah keluarga dan juga peguam.

Lebih dahsyat, 12 orang pegawai penjara ditugaskan untuk menjaga dan mengawal seorang banduan, membuatkan ia sangat mustahil bagi banduan untuk melakukan sesuatu yang tidak dibenarkan apatah lagi melarikan diri. Kem ini juga dikelilingi oleh pangkalan ketenteraan Amerika, jadi, adalah tidak berbaloi bagi banduan untuk cuba meloloskan diri.

3) ADX Florence, Amerika Syarikat


Penjara ADX Florence yang terletak di Amerika Syarikat ini dianggap sebagai penjara paling ketat di dunia di mana banduan yang ditempatkan di sini dikatakan mustahil untuk meloloskan diri. Malah, penjara ini tersangat ketat sehingga ada yang beranggapan bahawa seseorang banduan itu sangat bertuah sekiranya dia dapat melihat cahaya matahari.

Penjara yang dibina pada tahun 1994 ini digunakan untuk menempatkan penjenayah yang mampu memberi risiko tinggi pada negara. Penjara-penjara lain di Amerika Syarikat kebanyakannya tidak berupaya untuk mengawal tahanan yang sangat ganas dan dahsyat.

Semua tingkap sel yang hanya menghadap langit membuatkan ia mustahil untuk seseorang itu mengetahui kedudukan mereka. Tempat rekreasi banduan pula adalah di dalam lubang konkrit tanpa tingkap. Ini menjadikan ia sangat mustahil untuk mereka mengetahui peta fasiliti ini apatah lagi untuk meloloskan diri.

Jika banduan cuba juga untuk melarikan diri, beribu-ribu pengesan pergerakan, kamera dan pagar dawai berketinggian 12 kaki yang sensitif terhadap tekanan akan menggagalkan rancangan tersebut.

4) Penjara Persekutuan Alcatraz, Amerika Syarikat


Penjara yang menempatkan penjenayah paling terkenal dan dahsyat di Amerika Syarikat seperti Al Capone, Machine Gun Kelly, Rafael Miranda dan Whitey Bulger telah ditutup pada tahun 1963, namun ia menjadi lagenda kerana bentuknya yang seakan kubu.

Penjara ini terletak di sebuah pulau dan cubaan meloloskan diri bermakna banduan perlu berenang sejauh 2.4 kilometer ke daratan yang terdekat. Sepanjang operasi, 14 cubaan melarikan diri telah dilakukan oleh 36 orang banduan, yang mana 5 daripadanya tidak diambil kira dan dikatakan telah mati akibat lemas.

Penjara ini terpaksa ditutup akibat air garam yang berterusan menghakis bangunan dan penduduk San Francisco menyatakan kebimbangan mengenai kumbahan di kawasan sekitar di mana mereka mendakwa bahawa tahanan dan keluarga pegawai penjara telah dibuang ke laut.

5) Penjara Qincheng, China


Penjara Qincheng yang dibina pada tahun 1958 dan terletak 3,000 kaki di atas paras laut, jauh di dalam lembah terpencil di Daerah Changping, Beijing merupakan penjara keselamatan maksima di mana ia dianggap sebagai salah satu penjara paling ketat di dunia.

Penjara ini bukan sahaja mempunyai kira-kira 5,000 pegawai, malah ia juga mempunyai menara kawalan yang paling tinggi di dunia. Seluruh kawasan di dalam dan di luar penjara ini dapat dilihat melalui menara kawalan tersebut.


EmoticonEmoticon