Ahad, 30 September 2018

Hujan Darah Turun Membasahi Bumi Mengejutkan Dunia


Hujan yang berterusan sepanjang hari pastinya sangat menjengkelkan dan merosakkan jadual aktiviti anda, apatah lagi jika anda tidak memakai payung bila hujan tiba-tiba turun. Bagaimana pula bila saat anda berlarian ditengah hujan lebat tiba-tiba pakaian putih anda berubah menjadi merah seperti terkena darah atau bahan pewarna merah, semestinya sangat panik bukan?

Lebih baik kita menyebutnya sebagai Red Rain saja, terasa seram pula bila kita sebutnya 'hujan darah'. Pada 3/7/2018 lalu fenomena Red Rain ini terjadi di sekitar kilang pemprosesan nikel dan tembaga Nadezhdinsky, Rusia. Sebuah rakaman video menunjukkan hujan merah turun di kota terpencil tersebut.



Setelah hujan, permukaan tanah dan kenderaan sekitar tempat letak kereta berwarna merah seperti darah. Penduduk setempat seketika sempat takut dan panik bahawa hujan tersebut menandakan 'kiamat' sudah tiba. Peristiwa ini dengan cepat mendapat perhatian dunia apabila orang ramai memuatnaik foto dan video tentang kejadian tersebut di internet.

Namun, penjelasan tentang peristiwa ini tidak seperti yang dibayangkan. Perusahaan pemprosesan logam itu menjelaskan bahawa 'hujan darah' ini terjadi akibat pembersihan yang sedang berlangsung di sekitar kilang. Pembersihan tersebut dilakukan dengan cara menghilangkan oksida besi dari permukaan.

Limbah kotoran tersebut kemudian dikumpulkan untuk dibawa pergi. Sayangnya, hembusan angin tiba-tiba datang dan menerbangkan debu-debu tersebut. Tidak lama selepas itu hujan mulai turun, inilah yang mengakibatkan hujan tersebut menjadi 'hujan darah' di sekitar kawasan tersebut. Meski bukan benar-benar darah, hujan tersebut menimbulkan ketakutan bagi sebahagian besar penduduk. Ketakutan ini dipicu pemikiran bahawa limbah tersebut mungkin beracun.

Hujan Darah (Red Rain) di Kerala, India


Red Rain adalah hujan yang terjadi di Kerala dalam beberapa minggu antara 25 Julai hingga 23 September 2001. Kejadian tersebut telah mencetus panik penduduk dan mendapat perhatian dunia. Penjelasan mengenai Red Rain ini bermacam-macam mulai dari penjelasan logik hingga penjelasan yang berbau metafizik.

Penjelasan paling gila dan aneh adalah mengatakan bahawa hujan ini adalah darah dari makhluk extra-terrestrial (kehidupan hipotesis yang ada di luar bumi). Namun penjelasan paling logik tentang hujan ini adalah disebabkan oleh sejenis alga berwarna merah yang banyak hidup di daerah Kerala. Namun penjelasan ini masih memberikan soalan-soalan misteri.

Sebagai contoh bagaimana caranya Spora dari Alga tersebut boleh terangkut keatas awan. Kemudian turun kembali ke bumi bercampur dengan air hujan dari ketinggian yang sangat tinggi dan dalam masa yang tertentu pula? Jadi, Seandainya anda melawat Kerala, sebaiknya berjalan ditempat terlindung dari air hujan yah. Jangan lupa memakai pakaian hanya berwarna merah atau hitam, mana tau tiba-tiba 'hujan darah' turun.


EmoticonEmoticon