Khamis, 28 Jun 2018

Pulau Paling Berbahaya Di Dunia Kini Menjadi Habitat Ribuan Arnab


Terdapat sebuah pulau digelar 'pulau Arnab' merupakan habitat ratusan haiwan comel itu. Pulau tersebut bernama Okunoshima yang pernah menjadi salah satu tempat paling menyeramkan di dunia. Sebelum tempat tersebut menjadi kawasan hidupan ratusan Arnab, pulau ini dulunya merupakan pulau yang paling berbahaya di Jepun.

Kita semua tahu bahawa Jepun merupakan salah satu negara yang memainkan peranan besar masa Perang Dunia kedua. Oleh kerana itulah tentera Kerajaan Jepun menjadikan pulau Okunoshima sebagai penghasil senjata kimia pada tahun 1929 hingga 1945. Pulau ini juga digunakan sebagai tapak uji kaji senjata kimia mereka.


Akhirnya kawasan berkenaan menjadi pulau yang dipenuhi oleh bahan kimia. Ketika itu, Okunoshima menjadi pulau yang dirahsiakan dan dijaga dengan sangat ketat. Bahkan, kerana terlalu dirahasiakan dari pengetahuan umum, pulau ini pernah dihilangkan dari peta Jepun selama 16 tahun lamanya.

Pelbagai usaha dilakukan untuk mengembalikan keadaan alam dan udara pulau tersebut hingga tingkat normal. Untuk mengetahui adakah pulau tersebut sudah boleh diduduki oleh hidupan dengan tahap normal, sejumlah Arnab telah dihantar di pulau itu untuk percubaan selepas Perang Dunia Kedua berakhir.

Arnab-arnab yang terselamat membiak dan telah menguasai keseluruhan pulau itu. Kini pulau seluas 700 ribu meter persegi ini diduduki sekitar 300 ekor Arnab yang berkeliaran secara bebas di pulau Okunoshima, dan menjadi penghuni utama pulau tersebut.

Para pengunjung yang datang di pulau ini boleh memberi makan dan bermain-main haiwan berkenaan. Namun untuk menjaga populasi Arnab, pengunjung tak dibenarkan membawa binatang peliharaan seperti anjing, kucing dan seumpamanya.


EmoticonEmoticon