Tembok besar China sepanjang 8,850 kilometer merupakan salah satu dari 7 keajaiban dunia. Membentang dari Shanhaiguan di sebelah timur, merentasi sempadan China dan Manchuria hingga ke Lop Nur, di sebelah tenggara daerah otonomi Xinjiang Uygur.
Pembinaan tembok besar ini tersangat lama mejangkau waktu beribu tahun dan beberapa dinasti, melibatkan ratusan ribu orang yang kebanyakannya terkorban sewaktu era pembinanya.
Sejarah Pembinaan Tembok Besar China
Tembok Besar China pada mulanya dibina untuk melindungi negara dari serangan musuh. Maharaja Qin Shihuang, yang meneruskan dan mengawal pembinaan dinding pertahanan itu menjadi Tembok Besar China, sepanjang 2,414 kilometer ketika era dinasti Qin.
Di zaman Dinasti Ming, rancangan meneruskan pembinaannya disempurnakan menjadi tembok sepanjang 8,850km seperti yang ada sekarang ini. Maharaja Qin Shihuang atau lebih dikenali dengan Shi Huang Ti, adalah pemerintah yang paling berkuasa ketika itu telah menyatukan seluruh daratan China sekitar tahun 221 SM.
Shi Huang Ti juga dikenali seorang pemerintah diktator. Namun, ia juga membawa banyak kemajuan bagi empayarnya ketika itu. Seperti memperkenalkan sistem mata wang, menyederhanakan aksara China, dan memajukan sistem pendidikan.
Mengikut cerita, mangsa yang meninggal akan dikebumikan disepanjang dindingnya. Rakyat China sendiri mengelar dinding tersebut 'Dinding 10,000 Li.' Nama ini tidak hanya menggambarkan sejauh mana panjangan tembok berkenaan, tetapi juga sejarah pembina yang terlalu lama sehingga merentasi beberapa Dinasti.
Bermula di tahun 656 SM oleh negara Chu, hingga zaman Dinasti Ming, 2,700 tahun kemudian. Kerana kemegahannya, Tembok Besar China yang tersohor di dunia ini diabadikan sebagai salah satu tujuh keajaiban dunia oleh UNESCO, menyenaraikan tembok megah ini sebagai salah satu warisan dunia pada tahun 1987 diberi nama 'The Great Wall of China.'
Dinding Tembok besar ini setinggi sekitar 4 meter hingga 8 meter, dan lebar antara 3 meter hingga 9 meter. Tembok ini juga boleh dilihat diketinggian 160 kilometer hingga 320 kilometer dari atas langit.
Fakta lengkap sejarah pembinaan Tembok Besar China dari awal.
- 770 - 476 SM: Negara Chu memulai pembinaan Tembok Besar China.
- 476 - 221 SM: Tujuh negara terkuat mendirikan Tembok Besar untuk melindungi wilayah masing-masing.
- 221 - 202 SM: Maharaja Sin Shihuang (Dinasti Qin) memerintahkan pembina Tembok Besar di wilayahnya.
- 119 SM: Dinasti Han membina Tembok Besar China di Provinsi Gansu, setelah mendesak Suku Xiang Nu jauh ke utara Gurun Gobi.
- 1368 - 1644: Dinasti Ming membina Tembok Besar China sepanjang 6,350km dengan dua gerbang utama, Shanhaiguan dan Jiyugun.
Penghujung Tembok Besar China
Penghunjung Tembok Besar China di barat berakhir di Top Lake, sedangkan penghujung timurnya berakhir di Shanhaiguan, Laut Bohai. Shanhaiguan atau Shanhai Pass digelar sebagai 'Old Dragon's Head', atau disebut juga dengan 'Laolongtou', disini terdapat menara pemantau dan juga sebuah kuil.
Shanhaiguan berlokasi dekat Kota Qinhunangdao, 300 kilometer sebelah timur Beijing. Laolongtou dibahagi menjadi tujuh bahagian, iaitu Estuary Stone City, Menara Chenghai, Nereus Temple, Jinglu Beacon Tower, Nanhaikou Pass, Ningchai City, dan Binhai Walls.
Dua tempat paling popular dikunjungi oleh pelancong adalah Changtai Tower dan Nereus Temple. Changtai Tower adalah bangunan dua tingkat dengan struktur kayu dan bata, berfungsi sebagai menara pemantau. Manakala Nereus Temple tersohor kerana pernah didatangi para Maharaja di masa Dinasti Qing.
Dua tempat paling popular dikunjungi oleh pelancong adalah Changtai Tower dan Nereus Temple. Changtai Tower adalah bangunan dua tingkat dengan struktur kayu dan bata, berfungsi sebagai menara pemantau. Manakala Nereus Temple tersohor kerana pernah didatangi para Maharaja di masa Dinasti Qing.
EmoticonEmoticon